Monday, 4 August 2014

Fact Sheet of Petronas Selenia



Sunday, 11 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tuesday, 26 March 2013

Sistem Pajak Gadai Dalam Islam (Ar Rahnu)

Assalamualaikum w.b.t pernahkah anda terfikir tentang konsep gadaian Islam yang telah di praktikkan dalam sistem ekonomi Islam.

Apa itu gadaian Islam???

Pemberian seseorang yang diizinkan berkontrak, sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu
yang mempunyai gharar (yang sedikit) sebagai sandaran (jaminan) ke atas sesuatu hak.


Apakah rukun gadaian dalam Islam????

Empat rukun dalam kontrak gadaian tersebut ialah :
1) dua orang yang berkontrak (al-aqidan iaitu penggadai atau al-rahin; dan penerima gadaian atau
     (al-murtahin).
2) lafaz kontrak (sighah) iaitu ijab (lafaz memberi gadaian) dan qabul (lafaz menerima gadaian).
3) perkara yang digadaikan (al-marhun).
4) hak yang menjadi sebab sesuatu itu digadai (al-marhun bihi).

Apakah kebaikan dan kepentingan sistem ini dalam masyarakat

1) Memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil sebagai salah satu sumber modal untuk 
     mengembangkan perniagaan.
2) Efektif dari segi kos
3) Membangunkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat setempat

Konsep yang digunakan dalam gadaian Islam :

1) Al-wadiah Yad Dhamanah
2) Qardhul Hassan
3) Al-ujrah

Berapakah nilai pinjaman yang diberikan :

Margin pinjaman adalah sebanyak 50% - 70% daripada nilai semasa barang gadaian di pasaran bergantung 
kepada syarikat gadaian. Selain itu upah simpanan juga akan ditetapkan mengikut kadar semasa yang bergantung kepada syarikat gadaian. contahnya seperti RM 0.60 sebulan bagi setiap 1000gm.

Bagaimana jika peminjam tidak dapat melunaskan jumlah pinjaman setelah tamat tempoh??

Pihak syarikat atau pemberi pimjam akan memberikan tempoh masa yang kedua kepada para peminjam 
bagi menjelaskan jumlah pinjaman. Jika para peminjam masih tidak mampu, penerima gadaian akan melelong 
barang gadaian dengan harga yang tertinggi. Pendapatan daripada jumlah lelongan tersebut akan digunakan untuk melunaskan jumlah pinjaman dan sekiranya mempunyai lebihan akan diberikan semula kepada penggadai.


http://www.slideshare.net/azurahushien/gadaian-islam-ar-rahn


                                                                                                                        Prepared By: Ain Ahmad


LinkWithin

Name:
Email Address:
Mobile phone:
Comment

Get your own free form like this one.