Monday, 25 March 2013

Sistem Perbankan Islam

Assalamualaikum w.b.t pernahkah anda terfikir kenapa kite perlu untuk memilih sistem perbankan Islam bebanding perbankan konvensional?? Apakah kebaikannya dan kepentingan dalam ekonomi Islam???

Pelbagai rumus telah dikeluarkan yang mengatakan perbankan Islam di Malaysia mempunyai sistem yang lebih kurang sama dengan konvensional dan telah ditutupi dengan produk-produk Islam. Sebagai seorang muslim memilih dan mencari yang halal itu adalah fardu, justeru itu kenapa perlu kite menafikan tentang sistem yang sedia ada dan menggunakannya tanpa ragu-ragu. 
KENAPA sistem perbankan Islam?? Walaupun sistem perbankan digambarkan seperti konvensional tetapi kite haruslah beringat sistem ini telah dipantau oleh penasihat-penasihat syariah yang bertauliah dan lebih pakar tentang agama Islam itu sendiri.

Namun demikian, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dan pendapat yang sendiri, pemilihan ditangan anda. Pada pendapat saya, sebesar mane pun rumus yang telah disebar, tetapi sistem konvensional yang berteraskan kongsep riba yang telah jelas pengharamannya di dalam agama Islam 


 " Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. "

Anda juga boleh melihat video dibawah tentang pandangan daripada seorang ustaz UIAM tentang persoalan mengenai perbankan Islam :
   

http://www.youtube.com/watch?v=cB6Gw-xRhx8

Justeru itu fikir-fikirkanlah, kuasa di tangan anda....

                                                                                                                         Prepared By : Ain Ahmad

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Name:
Email Address:
Mobile phone:
Comment

Get your own free form like this one.